Salam kepada semua,
Tahukah anda foto di atas ini ialah merupakan gambar foto pertama di dunia di mana terdapat imej manusia terakam dalamnya (bulatan merah). Foto berkenaan dirakam oleh seorang lelaki Perancis bernama Louis Daguerre di kawasan Boulevard du Temple, di kota Paris pada tahun 1838. Louis Daguerre ialah antara perintis fotografi awal dunia yang telah mencipta satu proses iaitu daguerreotype dalam bidang fotografi.
Sepatutnya di dalam gambar berkenaan terdapat ramai lagi manusia di dalamnya ketika kesibukkan ja;anan di Paris ketika itu, tetapi oleh kerana kamera pada awalnya yang diciptakan pada masa berkenaan hanya mampu menggunakan teknik 'long exposure' iaitu pendedahan lama sebelum imej muncul di kepingan plate besi ( pada masa tersebut filem belum dicipta lagi ).
Louis Daguerre terpaksa mengambil masa kira-kira 10 minit untuk merakamkan gambar ini, maka imej manusia lainnya tidak kelihatan kerana mereka semua sentiasa bergerak dan tidak duduk setempat melainkan imej seorang lelaki yang kelihatan dalam keadaan pegun ( still ) kerana ketika itu kasutnya sedang digilapkan oleh seorang tukang kasut jalanan. Malangnya, identiti model tersebut tidak diketahui sehingga kehari ini.
Kemudian pada tahun 1839, iaitu setahun selepas foto pertama yang ada imej manusia dirakam , seorang lagi perintis fotografi terawal dunia iaitu Robert Cornelius telah berjaya merakamkan imej penuh untuk manusia yang pertama ( rujuk gambar di atas).
Dan ia bukan sekadar foto potret pertama di dunia , malahan juga ia dikatakan foto candid yang pertama sehinggakan Cornelius digelar sebagai 'Bapa Candid' , dan juga 'self portrait' yang pertama iaitu potret dirinya sendiri. Dia berjaya merakamkan gambar berkenaan di Chestnut Street, Philadelphia, Amerika Syarikat.
Wallahu'alam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN ANDA