Isnin, 20 Februari 2012

Gambar-gambar Menakjubkan Dari Serata Dunia...

Salam kepada semua,

Lama juga aku tidak meng'update'kan blog ini. Maklum le sekarang sibuk dengan minat terbaru. Hehe...
Apapun untuk kali ini , apa kata kita layan beberapa keping gambar yang menakjubkan dari seluruh dunia , semoga kita beroleh sedikit pengetahuan tentangnya.

Mungkin ada sesetengah dari gambar-gambar di bawah ini kelihatan seperti telah dimanupilasikan di dalam perisian photoshop, tetapi apa yang penting ialah info yang hendak disampaikan.

Buaian tertinggi di dunia yang terletak di Vienna, Austria 
dengan ketinggian 117 meter. Apa macam , ada berani tak?...


Thor's Well a.k.a "the gates of the dungeon" ( Pintu Penjara) di Tanjung Perpetua, Oregon , 
Amerika Syarikat. Pada waktu ombak sederhana dan berarus deras  , aliran airnya menghasilkan pemandangan lanskap yang menarik.

Tasik Emerald di kawah gunung berapi yang tidak aktif di Tongariro National Park – NewZealand.



Sebuah restoran di pantai timur Zanzibar. Bergantung kepada pasang surut laut , pengunjung boleh ke restoran tersebut dengan berjalan kaki ataupun berperahu.




Sebuah gurun di California Selatan, Amerika Syarikat yang subur dilitupi dengan bunga-bungaan dari spesis Phacelia (Scorpion Weed). Kuntumannya hanya mekar sekali sahaja dalam tahun-tahun tertentu.



Pokok-pokok yang tumbuh di sebuah hutan membentuk suatu formasi yang ganjil berhampiran bandar Gryfino, Poland. Punca lengkungan tersebut masih tidak diketahui.



Sempadan antara negara Belgium dan Belanda (the Netherlands) yang terletak di sebuah kafe… menarik!



Di Teluk Mexico , berpuluh ribu ikan pari akan bermigrasi dari musim panas ke musim luruh dari semenanjung Yucatan, di Mexico ke Florida, AS. Penghijrahan itu berlaku sebanyak dua kali setahun .

Jambatan laut yang terpanjang di dunia terletak di Shandong , China 
yang merentasi Teluk Jiaozhou sepanjang 36 km.


Saat-saat menarik waktu siang dan malam yang dirakamkan 
di sebuah tugu peringatan di Kaunas, Lithuania.


 

Sebuah terowong yang unik di Sequoia National Park, California , AS.



Tugu tembaga yang unik berkonsepkan "Fill In the Blanks" (Isikan tempat kosong) 
dihasilkan oleh Bruno Catalano, seorang pengukir seni terkemuka di Perancis. 
Nampak macam bohong ye...tapi ini memang benar...kreatif...

Foto sebuah keluarga yang mempunyai anak kembar….hebatt....



Kesesakan jalan raya (traffic jam) yang paling teruk direkodkan 
di dunia ialah di China pada 14 Ogos 2010 sepanjang 260 kilometer 
di lebuhraya yang menghubungkan Bejing-Tibet.



Pemandangan di dalam sebuah kedai menjual 
perisian permainan komputer di Paris, Perancis .  
Realitinya , lantai tersebut sebenarnya berkeadaan rata , 
cuma corak rekaan permukaannya yang membuatkan ia 
seperti dalam keadaan beralun….


Marcus Levine – seorang artis yang menghasilkan karyanya dengan hanya mengguna paku dan penukul. Pada pameran seninya di London , Marcus menghabiskan lebih dari 50,000 paku untuk sebuah karyanya.


Bandar Buford di Amerika Syarikat hanya mempunyai populasi seorang penduduk, di mana dialah yang menjadi penjaga bangunan di bandar tersebut dan dialah juga yang menjadi Datuk Bandar. 
Perghh..tak masuk akal…hehe…


Corak menarik pada permukaan sebuah bangunan di Haus Rizzi - Jerman.

Lena’s Pillar @ Tiang-tiang Lena. Bentuk permukaan geologi yang unik terdapat di Sungai Lena di Russia.


Pemandangan hebat waktu malam di Jambatan Banpo di Seoul, Korea Selatan.

Perbezaan yang jelas kelihatan antara kemewahan dan kemiskinan di Bandar Favelas , Brazil. 

Pemandangan dari sebuah balkoni apartment di tingkat 103 di bandaraya Chicago , AS.

Jikalau dilihat dari luar beginilah keadaanya balkoni tersebut..


Satu fenomena geologi unik yang dikenali sebagai permukaan Danxia yang terdapat 
di beberapa tempat di China. Warna yang terbentuk adalah hasil dari 
batupasir merah dan warna lain yang terkumpul sejak jutaan tahun dahulu. 

Sebuah tasik di Montana, AS mempunyai air yang begitu jernih sekali sehinggakan 
dasar tasiknya kelihatan seperti cetek sedangkan ia begitu dalam.

Pemandangan lapangan terbang di kepulauan Maldives yang terletak di atas 
sebuah pulau buatan manusia di Lautan Hindi.

Sungai atas sungai….Jambatan Air Magdeburg , di Jerman.

Morning Glory – gelungan awan yang berjaya dirakamkan di Teluk Carpentaria di utara Australia.

Lapangan terbang di Gibraltar merupakan antara salah satu dari sebuah lapangan terbang yang luarbiasa di dunia…tengoklah apa yang membuatkan ia luarbiasa… 
Wassalam... 

tandatangan

Sebuah pejabat yang berkonsepkan semulajadi di Selgas Cano , pinggir ibukota Madrid , Sepanyol.

Selasa, 7 Februari 2012

Jurugambar Dan Cerita Di Sebalik Gambar Mereka ...

Salam kepada semua,

Mungkin ada di antara anda yang pernah melihat gambar-gambar yang menarik mengenai sesuatu peristiwa dari seluruh dunia tetapi tidak pernah mengetahui apakah cerita disebaliknya dan siapakah yang merakamkan detik-detik tersebut.

Apa kata mari kita menghayati gambar-gambar di bawah ini dan juga cerita dari jurugambarnya yang telah diterjemahkan ( maaf kalau ada kesilapan dalam penterjemahan ini...)


Perlawanan tinju Heavyweight dunia yang penuh dengan kontroversi dan legenda pada 25 Mei 1965 antara Muhammad Ali dan Sonny Liston di Lewiston, Maine. – Jurugambar: Neil Leifer.

"Ini hasil dari sepetang saya bersama dengan Marilyn Monroe..." – Jurugambar: Douglas Kirkland

"Saya mencari gadis Afghan ini yang saya ambil gambarnya sejak 17 tahun dahulu dan akhirnya menemui beliau pada tahun 2002. Dia ialah Sharbat Gula." Peshawar, Pakistan 1984. - Jurugambar: Steve McCurry

"Saya memegang gambar Ram Prakash Singh bersama gajah kesayangan beliau Shyama yang diambil oleh saya pada tahun 1990. Ram Prakash Singh adalah seorang Ketua Pentas untuk  "The Golden Great Circus" - gambar ini diambil di Ahmedabad India - Ini adalah sebahagian daripada “Projek Circus India” saya . Saya menyukai India dan pada masa yang sama saya juga menyukai sarkas. Mengambil gambar bersama  18 pertunjukan sarkas di seluruh India telah menjadi satu pengalaman yang luar biasa bagi saya . Malangnya gajah berkenaan mati beberapa bulan selepas gambar ini diambil - dikatakan akibat keracunan makanan - Ram Prakash Singh kecewa – begitu juga saya.” Jurugambar: Mary Ellen Mark


"Pada awalnya ini adalah gambar Polaroid pertama saya (dengan negatif) yang dimuatkan dalam cover story mengenai Nirvana di dalam majalah Rolling Stone bersempena dengan pelancaran “In Utero”. Ia antara yang paling emosi dan mendedahkan semangat Kurt Cobain." – Jurugambar:  Mark Seliger.  Dua bulan kemudian Kurt meninggal dunia akibat tembakan di kepalanya.

Shot segmen Cats Story untuk majalah National Geographic pada 1993. “ Pengarah ,Thomas Kennedy telah meminta saya untuk dapatkan shot terbaik untuk cerita mengenai kucing tetapi dia tidak mahukan shot yang biasa! Jadi penyelesaian untuk tugas ini akhirnya menyeronokkan. Dengan menggunakan subjek seekor kucing dari baka Russian Blue dan sepasang kaki seorang penari Ballet, idea yang saya dapat dari George Balanchine mengatakan – cara kucing mendarat selepas melompat selalunya menggunakan jari-jarinya , dan dia menggunakan teknik itu untuk mengajar penarinya.” – Jurugambar : Karen Kuehn.


The Tank Man - peristiwa demontrasi berdarah di Dataran Tiannamen , Beijing , China 1989 -
Jurugambar: Jeff Widener 

Kegirangan yang ditunjukkan ahli kumpulan The Beatles apabila pengurusnya Brian Epstein mengumumkan bahawa mereka adalah artis no. 1 terunggul di Amerika Syarikat pada tahun 1964. Dan saya ada bersama mereka ketika itu di New York.”  – Jurugambar : Harry Benson.


Tiada siapa yang menduga bahawa hari yang begitu indah itu akan bertukar menjadi satu peristiwa yang paling menyakitkan dan mengelirukan kepada minda semua manusia. Gambar ini adalah sebahagian kecil daripada peristiwa besar itu yang menyimpulkan ribuan cerita dan perasaan jutaan manusia bersama-samanya. Perkataan-perkataan yang tertulis sebelum ini tidak akan mampu memberikan maksud keseluruhan peristiwa itu, mahupun mampu menceritakan tentang bunyi, bau atau malah suara tangisan ketika itu yang dibekukan di dalam kotak ingatan saya. Saya memberikan yang terbaik dan apa yang termampu dalam gambar peristiwa 9/11 supaya generasi akan datang dapat melihat tentang apa yang telah berlaku, untuk membuktikan bagaimana kedamaian dan kebebasan begitu mudah dirampas dalam sekelip mata. Harapan saya luka dan kesakitan ini akan sembuh dan keamanan akan dikekalkan di sebalik sisi gelap peristiwa ini, semoga nilai-nilai kemanusian boleh dinilai semula dan difahami.” –Jurugambar : Lyle Owerko

"Keajaiban dalam fotografi berlaku apabila anda tidak melihat (tidak tahu) apa yang akan datang seterusnya." - Jurugambar : Brian Smith.


"Ini adalah Virunga, Taman Negara pertama di benua Afrika, di Republik Demokratik Congo. Seekor Gorilla jantan dari jenis Mountain Silverback, bersama-sama dengan 6 ekor gorilla betina, telah dibunuh oleh kumpulan pemburu haram  yang cuba menakut-nakutkan Renjer Pemuliharaan yang berusaha mencegah pemburuan haram dan perlombongan arang batu secara haram. Terdapat hanya kira-kira 40 ekor Gorilla Silverbacks di dunia, jadi pasukan Renjer ini berusaha untuk membasmi kegiatan pemburuan binatang tersebut. Perjalanan untuk mengeluarkan bangkai-bangkai Gorilla yang dibunuh ini sejauh lebih kurang 5 km, dengan purata berat tiap-tiap seekor lebih kurang 600 paun (272 kg) melalui bukit-bukit dan hutan. Lebih 120 orang Renjer telah terbunuh dalam tempoh 10 tahun lalu ketika bertugas , di mana gaji mereka kurang daripada USD 10 (MYR 30) sebulan. Merekalah wira sebenar , cuma tiada perkataan lain yang seolah-olah sesuai untuk menggambarkan kehebatan mereka... " Jurugambar: Brent Stirton.

Wassalam....

tandatangan

Gambar dari SINI dan SINI.

Isnin, 6 Februari 2012

Akhirnya Aku Terjumpa Engkau Bertudung Juga....

Salam kepada semua,

Hari tu aku pergi isi minyak di sebuah stesen minyak Petronas di Kulim.

Saja le... aku ni sambil-sambil dok mengepam minyak tu , mata aku kemudiannya tertarik kepada sebuah iklan yang berada betul-betul di atas pam minyak tu.


Rasa-rasa memang dah lama dah iklan ni terpampang dekat stesen minyak Petronas. Cuma yang aku tertarik dekat gambar tu bukannya kerana i-Phone 4S, tetapi model iklan dalam gambar tu. Cun! Anak siapalah gamaknya.

Alah , bukan aku nak jatuh hati pun! Tapi dengan gaya posingnya yang ala-ala terperanjat tu , menyerlahkan lagi gimik iklan tu.

Ada lagi ni yang aku nak cerita....

Kemudian , baru-baru ini aku ke Bandar Darulaman di Jitra atas satu urusan keluarga.

Ketika di sana aku singgah di sebuah stesen minyak Petronas untuk mengisi minyak. Tapi ada sesuatu yang lain dengan iklan di atas pam minyak tu.


Wahh....Kali ini awek model iklan tu dah bertudung...posing ala-ala terkejut macam tu juga...tapi nampak lebih sopan dan ayu lagi dengan tudung ala-ala Wardina. Bertambah berkenan le kepada makcik pakcik yang dok nak cari menantu. Huhu...

Agak-agaknyalah , kenapa dia bertudung kat satu tempat dan tidak di tempat yang lain?...Jom bagi pendapat anda di bawah ini...

Wallahu'alam....

tandatangan