Jumaat, 11 Mei 2012

Bahagian dalam sebuah kamera DSLR

Salam kepada semua,

Mungkin ada di antara kita yang memiliki sebuah kamera DSLR , tidak kiralah apa jenamanya, samada Nikon , Canon , Sony ataupun jenama-jenama lain.

Tetapi mungkin tidak ada langsung di antara kita yang pernah membuka atau meleraikan kamera DSLR yang dibeli dengan harga beribu-ribu untuk melihat bagaimanakah rupa dan bentuk di dalamnya.

Jadi , untuk mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku ke atas kamera anda (sekiranya anda ingin mengambil risiko untuk meleraikan kamera anda demi untuk melihat apa yang ada di dalamnya) , di sini dikepilkan beberapa keping gambar yang diceduk dari ifixit.com untuk sama-sama kita meneroka proses peleraian sebuah kamera Nikon model D5100.









Processor Nikon Expeed









tandatangan

Dari Lensa Dunia 2011

Salam kepada semua,

Dalam kita mengharungi kehidupan sehari-hari di dalam tahun ini , ada kalanya baik untuk kita mengimbas kembali kepada perkara-perkara atau peristiwa yang telah berlaku pada tahun lalu.

Jadi untuk mengimbas kembali segala memori yang lalu , sekeping gambar adalah satu medium yang terbaik untuk menghuraikan atau menceritakan apa yang telah berlaku ketika itu.

Di bawah ini dikepilkan beberapa gambar menarik tentang beberapa peristiwa yang berlaku dari seluruh dunia pada tahun 2011 untuk tatapan anda.


Keadaan rel keretapi yang bengkok dirakamkan di Christchurch , New Zealand akibat pergerakkan plat bumi kesan dari gempa bumi berkekuatan 6.3 skala Richter pada 23 Februari 2011.


Keadaan hutan yang musnah akibat kebakaran di sekeliling menara air di Bastrop , Texas , Amerika Syarikat. Kejadian tersebut telah memusnahkan hampir 600 buah rumah dan hutan seluas 45 kilometer persegi pada 7 September 2011.


Freddy Nock berjaya memecahkan rekod dunia dengan berjalan di atas tali kereta kabel tanpa bantuan abah-abah di Gunung Zugspitze (2962m) yang merupakan gunung yang tertinggi di Jerman pada 20 Ogos 2011. Beliau berjaya berjalan di atas tali tersebut sejauh 995 kaki.


Seorang lelaki dari puak Mundari di Sudan membersihkan dirinya menggunakan air kencing lembu. Imej dirakamkan pada  19 Januari 2011 di mana ketika itu Sudan Selatan menuntut kemerdekaannya dari Republik Sudan.


Imej sebatang pokok Oak dirakamkan pada waktu malam ketika fenomena bulan penuh di selatan Tasik Salton Sea di Nilenda , California , Amerika Syarikat pada 20 Januari 2011.


Imej besi yang lebur dirakamkan berhampiran sebuah rumah yang musnah akibat kebakaran hutan di Strona Texas pada 26 April 2011.


Seketul bongkah ais ataupun dikenali sebagai Iceberg yang diseliputi oleh debu dari gunung berapi Grimsvotn di Iceland yang ,meletus pada 2011.


Imej yang terbenyuk pada cermin tingkap di sebuah rumah di barat laut England yang mempunyai kesan seperti seekor burung hantu.


Imej yang dirakamkan dari udara menunjukkan sebuah mesin penuai sedang menuai jagung di kawasan rendah behampiran Sungai Missouri di Iowa , Amerika Syarikat pada 25 October 2011.


Sebuah pesawat terbang melalui cahaya lampu yang dipancarkan dari tapak bekas Menara World Trade Center ketika upacara memperingati peristiwa 9/11 pada tarikh yang sama dalam tahun 2011.


Gambar dan artikel diolah dari sumber.


tandatangan