Seorang lelaki yang marahkan isterinya kerana isterinya itu dikatakan telah menyambung pengajian ijazah di sebuah kolej tanpa kebenaran darinya telah bertindak kejam dengan memotong kelima-lima jari dari tangan kanan isterinya di kediaman keluarga lelaki terbabit.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di Dhaka, Bangladesh.
Rafiqul Islam , 30 tahun yang baru pulang dari bekerja di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dikatakan telah mengumpan isterinya , Hawa Akhter , 21 tahun , untuk menutup mata dan mengikat tangan wanita malang tersebut dengan mengatakan beliau ada sesuatu yang 'istimewa' sebagai hadiah untuk isterinya.
Selepas memotong jari isterinya , seorang saudaranya telah mengambil jari-jari tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah supaya ia tidak dapat disambung kembali. Rafiqul akhirnya di tahan polis setelah keluarga isterinya membuat laporan.
Kejadian itu seperti sudah menjadi satu kebiasaan di Bangladesh di mana golongan wanita yang berpelajaran atau berkedudukan tinggi selalunya akan menjadi ancaman dan sasaran kepada golongan lelaki di sana.
P/S: Golongan wanita di Malaysia lagi beruntung dari wanita di negara sebelah sana...
Wallahu'alam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN ANDA