Masihkah anda ingat kepada bencana gempa bumi yang terburuk menimpa negara Haiti pada 12 Januari 2010 lalu yang mengorbankan seramai 230,000 nyawa. Selepas berlaku bencana tersebut , banyak gambar-gambar yang dirakamkan oleh jurufoto dari media-media antarabangsa yang membuat liputan mengenai penderitaan rakyat Haiti.
Antara gambar-gambar tersebut , ada beberapa keping gambar yang menjadi perbualan dan perbahasan hangat di kalangan para wartawan dan jurufoto antarabangsa yang menunjukkan mayat seorang gadis berusia 15 tahun , Fabienne Cherisma, yang ditembak oleh polis selepas dia dikatakan melakukan penjarahan 2 bangku plastik dan 3 keping bingkai gambar perhiasan dari sebuah kedai yang musnah akibat gempa.
Gambar Oleh : Paul Hansen |
Salah satu dari gambar tersebut (yang ditunjukkan di atas) telah dirakam oleh seorang jurufoto bernama Paul Hansen , yang mana baru-baru ini beliau melalui gambar terbabit telah dipilih sebagai Gambar Terbaik International News Image di Swedish Picture of the Year Awards . Selepas itu ia menjadi topic perbahasan hangat di media Sweeden mengenai etika photojournalism.
Di tengah-tengah kontroversi tersebut , muncul pula sekeping lagi gambar yang dirakamkan oleh seorang jurugambar Nathan Weber , yang menunjukkan sekumpulan jurugambar sedang mengerumuni di sekeliling mayat Fabienne Cherisma.
Gambar Oleh : Nathan Weber |
Bukan sahaja Paul Hansen seorang yang menerima anugerah gambar terbaik mengenai kematian Fabienne Cherisma ini.
Seorang lagi jurugambar James Oatway telah memenangi anugerah “ Award of Excellence” di POYi dalam kategori Impact 2010 – Multimedia category di mana mayat gadis berkenaan yang diambil dari sudut berlainan menjadi gambar untuk rencana Everything is Broken. Olivier Laban-Mattei yang memenangi Grand Prix Paris Match 2010 kerana liputannya di Haiti, termasuk beberapa paparan gambar mayat Fabienne. Fredric Sautereau pula melalui 7 keping imej mayat Fabienne dicalonkan di anugerah Visa d’Or News di Perpignan untuk liputan terbaiknya di Haiti.Apa pandangan anda tentang gambar-gambar sedemikian? Wajarkah ia dipilih untuk untuk menerima mana-mana pengiktirafan atau anugerah ?
Wallahu'alam....
Sumber: prisonphotography
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN ANDA