Selasa, 7 Februari 2012

Jurugambar Dan Cerita Di Sebalik Gambar Mereka ...

Salam kepada semua,

Mungkin ada di antara anda yang pernah melihat gambar-gambar yang menarik mengenai sesuatu peristiwa dari seluruh dunia tetapi tidak pernah mengetahui apakah cerita disebaliknya dan siapakah yang merakamkan detik-detik tersebut.

Apa kata mari kita menghayati gambar-gambar di bawah ini dan juga cerita dari jurugambarnya yang telah diterjemahkan ( maaf kalau ada kesilapan dalam penterjemahan ini...)


Perlawanan tinju Heavyweight dunia yang penuh dengan kontroversi dan legenda pada 25 Mei 1965 antara Muhammad Ali dan Sonny Liston di Lewiston, Maine. – Jurugambar: Neil Leifer.

"Ini hasil dari sepetang saya bersama dengan Marilyn Monroe..." – Jurugambar: Douglas Kirkland

"Saya mencari gadis Afghan ini yang saya ambil gambarnya sejak 17 tahun dahulu dan akhirnya menemui beliau pada tahun 2002. Dia ialah Sharbat Gula." Peshawar, Pakistan 1984. - Jurugambar: Steve McCurry

"Saya memegang gambar Ram Prakash Singh bersama gajah kesayangan beliau Shyama yang diambil oleh saya pada tahun 1990. Ram Prakash Singh adalah seorang Ketua Pentas untuk  "The Golden Great Circus" - gambar ini diambil di Ahmedabad India - Ini adalah sebahagian daripada “Projek Circus India” saya . Saya menyukai India dan pada masa yang sama saya juga menyukai sarkas. Mengambil gambar bersama  18 pertunjukan sarkas di seluruh India telah menjadi satu pengalaman yang luar biasa bagi saya . Malangnya gajah berkenaan mati beberapa bulan selepas gambar ini diambil - dikatakan akibat keracunan makanan - Ram Prakash Singh kecewa – begitu juga saya.” Jurugambar: Mary Ellen Mark


"Pada awalnya ini adalah gambar Polaroid pertama saya (dengan negatif) yang dimuatkan dalam cover story mengenai Nirvana di dalam majalah Rolling Stone bersempena dengan pelancaran “In Utero”. Ia antara yang paling emosi dan mendedahkan semangat Kurt Cobain." – Jurugambar:  Mark Seliger.  Dua bulan kemudian Kurt meninggal dunia akibat tembakan di kepalanya.

Shot segmen Cats Story untuk majalah National Geographic pada 1993. “ Pengarah ,Thomas Kennedy telah meminta saya untuk dapatkan shot terbaik untuk cerita mengenai kucing tetapi dia tidak mahukan shot yang biasa! Jadi penyelesaian untuk tugas ini akhirnya menyeronokkan. Dengan menggunakan subjek seekor kucing dari baka Russian Blue dan sepasang kaki seorang penari Ballet, idea yang saya dapat dari George Balanchine mengatakan – cara kucing mendarat selepas melompat selalunya menggunakan jari-jarinya , dan dia menggunakan teknik itu untuk mengajar penarinya.” – Jurugambar : Karen Kuehn.


The Tank Man - peristiwa demontrasi berdarah di Dataran Tiannamen , Beijing , China 1989 -
Jurugambar: Jeff Widener 

Kegirangan yang ditunjukkan ahli kumpulan The Beatles apabila pengurusnya Brian Epstein mengumumkan bahawa mereka adalah artis no. 1 terunggul di Amerika Syarikat pada tahun 1964. Dan saya ada bersama mereka ketika itu di New York.”  – Jurugambar : Harry Benson.


Tiada siapa yang menduga bahawa hari yang begitu indah itu akan bertukar menjadi satu peristiwa yang paling menyakitkan dan mengelirukan kepada minda semua manusia. Gambar ini adalah sebahagian kecil daripada peristiwa besar itu yang menyimpulkan ribuan cerita dan perasaan jutaan manusia bersama-samanya. Perkataan-perkataan yang tertulis sebelum ini tidak akan mampu memberikan maksud keseluruhan peristiwa itu, mahupun mampu menceritakan tentang bunyi, bau atau malah suara tangisan ketika itu yang dibekukan di dalam kotak ingatan saya. Saya memberikan yang terbaik dan apa yang termampu dalam gambar peristiwa 9/11 supaya generasi akan datang dapat melihat tentang apa yang telah berlaku, untuk membuktikan bagaimana kedamaian dan kebebasan begitu mudah dirampas dalam sekelip mata. Harapan saya luka dan kesakitan ini akan sembuh dan keamanan akan dikekalkan di sebalik sisi gelap peristiwa ini, semoga nilai-nilai kemanusian boleh dinilai semula dan difahami.” –Jurugambar : Lyle Owerko

"Keajaiban dalam fotografi berlaku apabila anda tidak melihat (tidak tahu) apa yang akan datang seterusnya." - Jurugambar : Brian Smith.


"Ini adalah Virunga, Taman Negara pertama di benua Afrika, di Republik Demokratik Congo. Seekor Gorilla jantan dari jenis Mountain Silverback, bersama-sama dengan 6 ekor gorilla betina, telah dibunuh oleh kumpulan pemburu haram  yang cuba menakut-nakutkan Renjer Pemuliharaan yang berusaha mencegah pemburuan haram dan perlombongan arang batu secara haram. Terdapat hanya kira-kira 40 ekor Gorilla Silverbacks di dunia, jadi pasukan Renjer ini berusaha untuk membasmi kegiatan pemburuan binatang tersebut. Perjalanan untuk mengeluarkan bangkai-bangkai Gorilla yang dibunuh ini sejauh lebih kurang 5 km, dengan purata berat tiap-tiap seekor lebih kurang 600 paun (272 kg) melalui bukit-bukit dan hutan. Lebih 120 orang Renjer telah terbunuh dalam tempoh 10 tahun lalu ketika bertugas , di mana gaji mereka kurang daripada USD 10 (MYR 30) sebulan. Merekalah wira sebenar , cuma tiada perkataan lain yang seolah-olah sesuai untuk menggambarkan kehebatan mereka... " Jurugambar: Brent Stirton.

Wassalam....

tandatangan

Gambar dari SINI dan SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN ANDA