Selasa, 27 Disember 2011

Gambar Mayat Yang Menang Banyak Anugerah...

Salam kepada semua,

Masihkah anda ingat kepada bencana gempa bumi yang terburuk menimpa negara Haiti pada 12 Januari 2010 lalu yang mengorbankan seramai 230,000 nyawa. Selepas berlaku bencana tersebut , banyak gambar-gambar yang dirakamkan oleh jurufoto dari media-media antarabangsa yang membuat liputan mengenai penderitaan rakyat Haiti.

Antara gambar-gambar tersebut , ada beberapa keping gambar yang menjadi perbualan dan perbahasan hangat di kalangan para wartawan dan jurufoto antarabangsa yang menunjukkan mayat seorang gadis berusia 15 tahun , Fabienne Cherisma, yang ditembak oleh polis selepas dia dikatakan melakukan penjarahan 2 bangku plastik dan 3 keping bingkai gambar perhiasan dari sebuah kedai yang musnah akibat gempa.

Gambar Oleh : Paul Hansen

Salah satu dari gambar tersebut (yang ditunjukkan di atas) telah dirakam oleh seorang jurufoto bernama Paul Hansen , yang mana baru-baru ini beliau melalui gambar terbabit telah dipilih sebagai Gambar Terbaik International News Image  di Swedish Picture of the Year Awards . Selepas itu ia menjadi topic perbahasan hangat di media Sweeden mengenai etika photojournalism.

Di tengah-tengah kontroversi tersebut , muncul pula sekeping lagi gambar yang dirakamkan oleh seorang jurugambar Nathan Weber , yang menunjukkan sekumpulan jurugambar sedang mengerumuni di sekeliling mayat Fabienne Cherisma.

Gambar Oleh : Nathan Weber
Aksi di belakang tabir ini seolah-olah menggambarkan kumpulan jurugambar berkenaan tidak mempamerkan rasa hormat atau simpati terhadap si mati terutama kepada ahli keluarganya yang ketika itu baru sahaja tiba di tempat kejadian dan dalam keadaan terkejut dan sedih.

Bukan sahaja Paul Hansen seorang yang menerima anugerah gambar terbaik mengenai kematian Fabienne Cherisma ini.

Seorang lagi jurugambar James Oatway telah memenangi anugerah “ Award of Excellence” di POYi dalam kategori Impact 2010 – Multimedia category di mana mayat gadis berkenaan yang diambil dari sudut berlainan menjadi gambar untuk rencana  Everything is Broken. Olivier Laban-Mattei yang memenangi Grand Prix Paris Match 2010 kerana liputannya di  Haiti, termasuk beberapa paparan gambar mayat Fabienne. Fredric Sautereau pula melalui 7 keping imej mayat Fabienne dicalonkan di anugerah Visa d’Or News di Perpignan untuk liputan terbaiknya di Haiti.
Apa pandangan anda tentang gambar-gambar sedemikian? Wajarkah ia dipilih untuk untuk menerima mana-mana pengiktirafan atau anugerah ?  

Wallahu'alam....

tandatangan

Sumber: prisonphotography

Isnin, 26 Disember 2011

Meninjau Panorama Alor Setar Dari Menara Tanjung Chali



Salam kepada semua,

Anda mungkin sudah sedia maklum mengenai bandaraya Alor Setar yang terkenal dengan menara yang kedua tertinggi di Malaysia iaitu Menara Alor Setar.

Namun jika anda ingin menikmati panorama bandaraya Alor Setar secara percuma, mungkin ada yang tidak tahu bahawa Alor Setar juga mempunyai sebuah lagi menara yang sesuai untuk meninjau , walaupun ia tidaklah setinggi dan megah seperti Menara Alor Setar , namun pengalaman untuk berada di puncaknya sungguh mempersonakan.


Inilah menara yang dimaksudkan , Menara Pemerhati yang terletak di Dataran Tanjung Chali yang berada di pesisiran Sungai Kedah. Menara ini yang setinggi hampir 6 tingkat bangunan terletak betul-betul di persimpangan Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit dan tidak jauh dari pusat bandaraya Alor Setar.


Apabila anda mendaki anak-anak tangga di dalam menara ini , anda mungkin akan merasa teruja apabila semakin tinggi pendakian anda , semakin jelas dan indah pemandangan panorama yang dapat anda lihat.



Di menara ini terdapat sebanyak 3 ruang pemerhati yang disediakan pada ketinggian yang berlainan dan di situ ia membolehkan anda menikmati pemandangan seluas 360 darjah mengelilingi ruang legar tersebut.




Dari puncak menara , anda dapat melihat pemandangan bangunan-bangunan yang menjadi mercutanda bandaraya Alor Setar seperti Menara Alor Setar dan juga Masjid Zahir.




 Manakala di satu bahagian yang lain pula anda akan dapat melihat pemandangan permai aliran Sungai Kedah yang mengalir dari hulu ke muaranya.


Jikalau anda menjenguk ke bawah , anda akan dapat menyaksikan pelbagai ragam dan akitiviti penduduk di kawasan sekitar menara ini .





Oleh kerana menara Tanjung Chali ini terletak di kawasan Pekan Cina , kawasan persekitarannya amat sibuk dengan pelbagai akitiviti perniagaan terutama sekali pada hari biasa. Jikalau ada cuti umum , ia adalah waktu yang terbaik buat anda untuk ke sini.




Di bahagian bawah terutamanya di kawasan datarannya, ia menjadi antara lokasi pilihan untuk sessi fotografi terutamanya kepada pasangan pengantin baru untuk mengabadikan kenangan pada hari bersejarah mereka di sini.


Selain itu ada juga jurufoto yang datang ke sini semata-mata untuk mencari 'shoot' yang terbaik seperti yang dilakukan oleh abang kita ni....




Anda juga boleh bersiar-siar mengambil angin petang sambil berjalan kaki ataupun melakukan senaman di persiaran kaki yang dibuat di sepanjang kedua-dua belah bahagian kiri dan kanan Sungai Kedah ini.



Kepada mereka yang sukakan aktiviti memancing ikan , Sungai Kedah juga adalah lokasi pilihan bagi para pemancing dan anda boleh mencubanya sambil berehat-rehat bersama keluarga di pondok-pondok yang disediakan.


Jadi sekiranya anda berpeluang untuk berkunjung ke bandaraya Alor Setar , jangan lupa untuk singgah di Menara Tanjung Chali ini .

Wassalam....

tandatangan

Selasa, 20 Disember 2011

Misteri Hantu Langsuir Di Kulim Perdana , Betul atau Tidak?...

Salam kepada semua,
Baru-baru ini gempar di dalam sebuah akhbar tempatan mengenai kisah penemuan misteri hantu langsuir. Kebetulan pula tempat kejadian yang dilaporkan itu berada berhampiran dengan tempat kerja aku dan aku juga selalu melalui kawasan terbabit.
“Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam”.
Itu mukadimah laporannya. Sila klik SINI untuk membaca kisahnya.

Selain cerita itu dipetiksiarkan ke beberapa laman blog tertentu , ia turut menjadi buah mulut kepada semua penduduk Kulim dan kawasan-kawasan berhampiran. Ada yang membacanya dari akhbar berkenaan kemudian bercerita kepada orang lain yang tidak membaca. Ada pula yang mendengar cerita berkenaan kemudian menyampaikan kepada orang lain yang mungkin langsung tidak tahu.
Maka tidak hairanlah sekiranya wujud pelbagai versi dari kisah yang sama.
Akhbar itu melaporkan bahawa para penduduk di kawasan berkenaan ‘gempar’ , tetapi orang yang diwawancara  oleh akhbar itu bukanlah penduduk di Taman Kulim Perdana , tetapi orang luar.
Dari situ aku mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan laporan akhbar berkenaan. Apabila aku bertanyakan mengenai cerita ini kepada seorang rakan yang kebetulan tinggal di Taman Kulim Perdana , jawapan yang diperolehi menafikan cerita tersebut.
Laporan berkenaan juga memetik kenyataan oleh seorang bomoh yang arif mengenai ilmu halus yang mengatakan kemungkinan langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh di sekitar kawasan itu.
Selepas cerita berkenaan , terbit pula kisah dari akhbar yang sama mengatakan bahawa wartawan mereka berjaya merakamkan imej hantu berkenaan. Sila klik SINI untuk membaca kisahnya.
Dilaporkan bahawa imej berkenaan berjaya dirakamkan lensa kamera pada jam 2:45 pagi , menunjukkan imej putih yang kabur dan tidak dikenali berada berhampiran seorang lelaki yang sedang duduk di atas besi penghadang.
Yang peliknya , jika dibandingkan gambar dari laporan pertama dan kedua , kenapa gambar dari laporan yang kedua ini tidak berapa jelas dan gelap berbanding gambar dari laporan pertama yang jelas? Kenapakah asal saja ada gambar misteri mesti kualitinya jadi begitu.
Terpulanglah kepada anda yang membaca untuk mempercayainya atau tidak. Sememangnya kewujudan makhluk halus ini tidak boleh disangkalkan , kerana selain manusia Allah juga mencipta jin sepertimana yang tercatat di dalam Al-Quran. Jin-jin ini ada pelbagai jenis dan bangsa , malah iblis dan syaitan pun tergolong dikalangan mereka.
Bagi aku , memang tidak lain dan tidak bukan , tujuan akhbar itu mensensasikan cerita berkenaan adalah semata-mata untuk menaikkan ratingnya.
Wallahu'alam....
tandatangan

Ahad, 18 Disember 2011

Isshhh....Potong Jari Isteri Kerana Marah Isteri Sambung Pengajian


Salam kepada semua,

Seorang lelaki yang marahkan isterinya kerana isterinya itu dikatakan telah menyambung pengajian ijazah di sebuah kolej tanpa kebenaran darinya telah bertindak kejam dengan memotong kelima-lima jari dari tangan kanan isterinya di kediaman keluarga lelaki terbabit.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Dhaka, Bangladesh.

Rafiqul Islam , 30 tahun yang baru pulang dari bekerja di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dikatakan telah mengumpan isterinya , Hawa Akhter , 21 tahun , untuk menutup mata dan mengikat tangan wanita malang tersebut dengan mengatakan beliau ada sesuatu yang 'istimewa' sebagai hadiah untuk isterinya.

Selepas memotong jari isterinya , seorang saudaranya telah mengambil jari-jari tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah supaya ia tidak dapat disambung kembali. Rafiqul akhirnya di tahan polis setelah keluarga isterinya membuat laporan.

Kejadian itu seperti sudah menjadi satu kebiasaan di Bangladesh di mana golongan wanita yang berpelajaran atau berkedudukan tinggi selalunya akan menjadi ancaman dan sasaran kepada golongan lelaki di sana.

P/S: Golongan wanita di Malaysia lagi beruntung dari wanita di negara sebelah sana...

Wallahu'alam....      

tandatangan

Khamis, 15 Disember 2011

Dunia Dalam Bentuk Miniatur ( Lagi Gambar-Gambar Menarik)

Salam kepada semua,

Rentetan entry aku yang lalu Dunia Dalam Bentuk Miniatur di Galeri Miniatur Wunderland di Hamburg , Jerman , di bawah ini aku kongsikan lagi gambar-gambar miniatur yang begitu mempesonakan , seolah-olah model-model miniatur itu 'hidup' dalam dunianya.

Aku tak mahu huraikan mengenai gambar-gambar tersebut , cuma biarkan gambar-gambar itu sendiri yang menceritakannya....

Selamat berimaginasi.... 

























P/S: Rasa-rasanya kat negara kita kena ada satu juga galeri yang macam ni....

tandatangan