Khas Kepada Follower


Salam 2 all,

Aku ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog maidaribendang ini. Lebih-lebih lagi kepada yang sudi merajinkan jari untuk meng'klik'kan butang follow tu. Aku amat menghargai kalian semua.
Tapi ada sesetengah blogger macam tak ambil kisah mengenai perkara yang aku nak highlightkan di sini. Sebenarnya perkara ini amatlah penting. 
Selalunya  apabila kita follow sesebuah blog itu, mungkin owner blog tu nak follow kita balik, sebagai membalas kesudian kita follow blog dia atau dia tertarik dengan blog kita atau juga kita paksa ajak dia follow kita.  
Klik untuk perbesar gambar
Tetapi bila dia klik dekat profile kita, tak ada link ke blog kita. Sudahlah tak letak link blog kat profile tu, kita tak tinggalkan jejak atau mesej kat shoutbox/chatbox atau kat kotak komen pula. Dan jangan salahkan owner blog yang kita dah follow tu kalau dia tak follow kita balik. 

Jadi silalah letak link blog kita dalam profile blogger. Sebab susah tahu untuk owner-owner blog yang kita dah follow tu nak follow kita balik. Bukan susah pun nak letak link blog kat profile tu, pergi  kat bahagian edit profile dan pilih bahagian macam kat bawah ni:
Klik untuk perbesar gambar
Dengan cara ni senang sikit orang nak trace blog kita balik dan follow....tapi kalau ada yang tak berapa nak  faham macamana nak buat silalah klik ke blog BroZool kerana dia ada buat tutorial untuk memasukkan Nama Blog dan Link Blog di Google Friend.

Sekian, wasalam.

p/s: aku tak mahu nanti ada yang kata aku sombong sebab tak follow dia balik.

tandatangan

Kredit kepada BroZool darazizulazami.com