Mesin raksasa Liebherr T 282B adalah dumptruck terbesar yang dibina tahun 2004 oleh syarikat Jerman. Trak seberat 203 Tan ini dapat mengangkut muatan sebanyak 365 tan, dan menghasilkan tenaga kira-kira 3650 Kuasa Kuda.
Features:
Weight: empty – 203 tons; maximum capacity – 365 tons; maximum operating weight – 592 tons
Length: 14.5 m long
Height: 7.4 m tall
Wheelbase: 6.6 m
Top Speed: 40 mph or 65 kph
Costs: US$3.5 M
2. Bagger 288: Mesin Excavator Terbesar Dunia
Mesin ini adalah mesin penggali terbesar di dunia. Excavator Berroda bernama Bagger 288 dibina oleh perusahaan Krupp Jerman.
Mesin seberat 13.500 Tan ini terdiri dari 2 bahagian, iaitu “bucket-wheeler excavator” sebagai alat penggalinya dan Crawler-Transporter sebagai kenderaan penumpang yang membolehkan alat tersebut bergerak.
Features:
Height: 95 m tall
Length: 215 m long
Weight: 13,500 tons
3. Crawler-Transporter: Kenderaan pengangkut kedua terbesar di dunia
Crawler-Transporter digunakan untuk mengangkut roket Saturn V, Saturn IB, Apollo Soyuz San dan pesawat luar angkasa lain. Kenderaan ini adalah idea Bucyrus International dan dibina oleh Marion Powershovel Co. dengan kos mencecah USD 14 Juta. Pada masa ia dibina, mesin ini merupakan kenderaan pengangkut terbesar, namun kini diatasi oleh Bagger 288.
Features:
Height: 20 ft or 6.1 m to 26 ft or 7.9 m
Length: 131 ft or 40 m
Width: 114 ft or 35 m
Weight: 2400 tons 2,700 short tons or 2,400,000 kg; 5,400,000 lb
4. TAKRAF RB293: Mesin Melombong Terbesar
Seperti Bagger 288, ini adalah Excavator terbesar yang dibina oleh syarikat German, TARKAF Industry. Mesin ini memegang rekod sebagai mesin terbesar dan terberat di dunia dan digunakan di lombong arang batu di Victoria, Australia
Features:
Height: over 94.5 meters or 310 feet tall
Length: over 220 meters or 722 feet long,
Weight: over 14,196 tons or 31.3 million lbs
5. Overburden Conveyor Bridge F60
Overburden Conveyor Bridge F60 adalah mesin terbesar yang dapat bergerak bebas. Alat ini tidak diaktifkan setelah 13 bulan beroperasi dengan alasan sumber tenaga dan politik.
Ketinggian alat ini mencapai 60meter [F60] dan panjang sekitar 502 Meter. Alat ini juga sering disebut “Lying Eiffel Tower” F60 adalah salah satu dari lima Conveyor yang digunakan di lombong arang batu di German.
Features:
Length: 502 m long
Width: 240 m wide
Height: 80 m tall
Weight: 13,600 metric tons
6. Large Hadron Collider: Mesin Akselerator Partikel terbesar di dunia
Large Hadron Collider adalah kompleks memproses partikel berkuasa tinggi yang terbesar di dunia. Berfungsi untuk memancarkan dua pancaran partikel proton dengan tenaga kinetik yang tersangat besar jumlahnya.
LHC dibina oleh Badan Kajian Nuklear Eropah (CERN). Projek ini dimulai sejak tahun 1995, dan merupakan projek terbesar yang pernah dilakukan oleh manusia, dengan menggunakan peralatan paling rumit di dunia, serta memakan kos lebih dari USD 10 bilion dengan mengambil masa untuk disiapkan lebih dari 14 tahun.
Terletak 91 meter di bawah sempadan Perancis-Swiss dekat Geneva, Switzerland, mesin yang berbentuk terowong sepanjang 27 kilometer ini dibina oleh 10 000 saintis dan jurutera, dari lebih 100 negara, serta mendapat sokongan oleh ratusan universiti dan makmal-makmal kajian dari seluruh dunia.
Features:
Length: 27 km or 17 mil
Circumference: 175 m or 570 ft
Built & Funded: 10,000 scientists and engineers from 100 countries
7. BHC SR-N4 Mk-3: Hovercraft Awam Terbesar
BHC SR-N4 adalah Hovercraft terbesar yang bertujuan untuk mengangkut 418 penumpang dan 60 kereta.
Rekabentuknya adalah sepanjang 40 meter (131 kaki), berat 190 ton (193 t), mampu meluncur hingga 83 knot (154 km / jam). Hovercraft ini dibangun oleh British hovercraft Corporation pada 1966.
8. Typhoon: Kapal Selam Terbesar
Typhoon adalah sebuah kapal selam pengangkut rudal terbesar yang pernah dibuat. Kapal Selam ini menggunakan tenaga nuklear dan dioperasikan oleh angkatan Tentera Laut Soviet Union pada tahun 1980an.
Dengan berat maksimumnya yang mampu mencapai 26000 tan, Typhoon adalah sebuah senjata pemusnah paling menakutkan pada masa itu. Oleh kerana kos operasinya yang mahal, maka kapal selam ini ditamatkan operasinya.
9. Emma Maersk: Kapal Pengangkut Kontena Terpanjang Di Dunia.
Kapal kontena terpanjang yang pernah dibina di dunia ialah Emma Maersk. Ia dibina pada tahun 2008 dan semenjak itu ia memegang rekod sebagai kapal terpanjang di dalam industri perkapalan. Kapal ini mampu memuatkan kira-kira 11000 unit kontena 20 kaki, jauh lebih banyak dari kapal kontena lain.
10. Knock Nevi’s: Kapal Tangki Terbesar
Knock Mevi adalah adalah 'super tanker' terbesar dunia dan merupakan kapal tangki simpanan dan pemindahan terapung [FSO] yang dimiliki oleh Fred Olse, Norwegia. Kapal ini jauh lebih panjang dan tinggi dari Menara Berkembar Petronas [1480 ft dibanding 1504 ft]
Features:
Length: 458.45 m or 1,504 ft long
Width: 69 m wide
Height: 30 m tall
Weight: 564,763 tons
11. Airbus A380: Pesawat Penumpang Terbesar Dunia
Airbus A380 yang dihasilkan oleh Airbus S.A.S. adalah sebuah pesawat dengan dua dek, yang mampu memuatkan seramai 850 penumpang dalam konfigurasi satu kelas atau 555 penumpang dalam konfigurasi tiga kelas. Penerbangan pertamanya ialah pada 27 April 2005 dan penerbangan komersialnya pada akhir tahun 2007 setelah ditunda beberapa kali pelancarannya oleh kerana masalah teknikal.
12. Antonov An 225: Pesawat Pengangkut Terbesar
Antonov An-225 Mriya merupakan pesawat terbesar kedua di dunia yang dibuat oleh Syarikat Antonov. Nama belakang pesawat ini Mriya yang dalam bahasa Ukraine bererti mimpi atau inspirasi.
Sebelum ini pesawat ini digunakan untuk mengangkut pesawat ulang alik misi Buran menggantikan Myasishchev VM-T. Namun selepas kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991, misi Buran tidak dilanjutkan lagi pada tahun 1993, pesawat ini terpaksa dihentikan operasinya selama hampir 8 tahun.
Pada tahun 2001, pesawat ini kembali beroperasi dengan menjadi pengangkut berat yang bernombor penerbangan UR-82060 (yang sebelumnya СССР-82060) sehingga sekarang.
Sumber: unitmediasiber
P/S: Aku suka tengok gambar-gambar di atas....huhu
Wassalam...















Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Dari Anda Amatlah Di Alu-alukan...
Sila Tinggalkan Apa Saja Komen Anda Di Sini...