
Salam 2 all,
Mungkin isu yang aku nak bangkitkan disini sudah lama atau lapuk tetapi aku percaya kegiatan ini masih lagi berleluasa.Baru sahaja reda isu tepung kek yang mempunyai DNA babi, timbul pula satu lagi keraguan mengenai makanan harian kita. Dikatakan bahawa ada pengeluar minyak masak yang tidak bertanggungjawab memproses dan mengitar semula minyak masak yang telah dipakai/diguna dan kini di jual meluas dipasaran seluruh negara.
Apa yang dibimbangkan mengenai minyak masak kira semula ini ialah dipercayai sumbernya diperolehi dari kedai-kedai makan , restoran dan dapur hotel yang pelbagai, maksudnya disini ialah ada yang diambil dari premis yang menjual makanan halal dan juga tidak halal. Ia kemudiannya dikumpul dan diproses di suatu tempat untuk menghasilkan minyak masak kitar semula.
Perlu juga diketahui bahawa ada hotel-hotel dan restoran non-muslim yang menyediakan masakan 'pork'. Di khuatiri sekiranya minyak masak tersebut telah dicampurkan dengan minyak masak yang lain dan dibungkus semula untuk dijual pada harga murah.Jadi kemungkinan minyak masak kitar semula ini tidak HALAL adalah tinggi kerana ada minyak yang digunakan untuk mengoreng bahan makanan yang tidak halal kemudian dicampurkan dengan minyak yang lain untuk diproses.
Diharap kepada semua pembaca yang rata-rata adalah penguna Islam supaya berhati-hati membeli minyak masak dan jikalau boleh pilih dari keluaran yang mempunyai logo halal Jakim. Ia terjamin diproses dan dibuat dari sumber yang halal.Tidak semua dari kita yang mampu membeli minyak masak yang berjenama dan ada juga yang hanya mampu membeli yang dipekkan terutama sekali peniaga-peniaga kedai makan dan gerai-gerai dan itulah yang amat dirisaukan.
Apa-apapun kena berwaspadalah mengenainya selepas ini.
Wassalam.



minyak masak pun nak kitar semula ..ish..
BalasPadamamat bahaya..