Gerbang Maya Melankolia Segar

Sabtu, 26 Mac 2011

Home » » Lagi Pendedahan Video Terbaru!!!

Lagi Pendedahan Video Terbaru!!!

Sinopsis Movie Karak - Laluan Puaka




Semua rakyat Malaysia mungkin tahu akan sejarah hitam tentang lebuhraya Karak atau kawasan sekitar di tempat itu sendiri. Banyak kemalangan ngeri yang kita dengar berlaku disitu semenjak dari dahulu lagi. Ada juga yang berkata ternampak makhluk halus kerana banyaknya kejadian ngeri yang berlaku.

Dari perkara itu, KRU Studios keluar dengan filem seram terbaru dan pertama arahan Yusri Abdul Halim, "Karak". Menceritakan empat pelajar kolej yang ingin pulang ke Kuantan setelah berhibur di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan pulang, mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya dan telah mengambil keputusan menggunakan jalan singkat. Semasa menggunakan jalan singkat tersebut macam-macam perkara telah berlaku dan mereka telah terserempak dengan Volkswagen berhantu yang berada disitu.

Antara pelakon yang terlibat dalam "Karak" ialah Shahir, Sheera Ayob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussien. Filem yang diadaptasi dari kisah benar ini telah ditulis oleh Norman KRU dan bakal ditayangkan tahun ini.

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2011/03/trailer-movie-terbarukarak-laluan-puaka.html#ixzz1Hdcjl2VT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Dari Anda Amatlah Di Alu-alukan...
Sila Tinggalkan Apa Saja Komen Anda Di Sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...